Tuesday, September 25, 2007

Lagi Pasal Babi


Gambar ini diambil semasa aku berada di Sri Aman Sarawak. Macamana boleh ada daging BABI HALAL ni pun aku tak tahu.

Kenapa masalah babi ni tak pernah selesai sampai sekarang? Melaka dan Negeri Sembilan berkongsi nama sebagai Darul Khinzir sedikit masa dulu masih di takuk lama juga tanpa sebarang kemajuan.

Ini adalah fakta bahawa tidak semua orang Cina makan babi. Babi terlalu kotor untuk dimakan bagi sesetengah orang Cina. Kalau semua makan sekali pun, jumlah babi di Melaka dan di Negeri Sembilan ini terlalu banyak untuk dihabiskan. Jalan paling mudah sekali dicampur dengan makan yang lain supaya tidak rugi. . Kandungan logam dalam najis babi juga amat merbahaya kepada alam sekitar. Lihat sahaja air laut dan air sungai di kawasan ternakan babi di Melaka dan Negeri Sembilan.

Pada pemimpin yang berkuasa, gunakanlah kuasa yang ada untuk memastikan yang haram itu tetap HARAM dan tidak menghalalkan yang haram.